Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

Kehidupan Yang Seimbang

Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan yang seimbang? Ramai orang berpendapat bahawa ia bermaksud kita seimbangkan hidup kita untuk melakukan hal-hal di dunia dan akhirat. Ada juga yang berfikiran ia sekadar keseimbangan tentang kejahatan dan kebaikan; tidak terlalu baik dan tidak juga terlalu jahat. Apakah keseimbangan dalam kehidupan yang anda sedang fikirkan? Bagi saya secara peribadi keseimbangan dalam kehidupan bermakna bagaimana kita dapat menghidupi kehidupan ini supaya kita tetap dapat berdiri teguh di tengah-tengah dunia yang sedang bergolak ini, dan tidak mudah jatuh ke kiri atau ke kanan ie. tidak jatuh dari kedudukan yang selamat.

Sesebuah rumah atau alat yang bertiang/kaki memerlukan sekurang-kurangnya 4 tiang/kaki untuk membolehkannya berdiri dengan teguh. Jika ia kurang daripada itu bermakna rumah atau alat itu berada pada kedudukan yang tidak 'seimbang' ie. mudah jatuh/tumbang. Demikian pula halnya dalam kehidupan kerohanian kita. Kita juga memerlukan 4 perkara yang menjadi tiang supaya kehidupan kita seimbang dan dapat berdiri teguh. Tiang-tiang yang dimaksudkan itu ialah 4 tiang kasih yang harus dimiliki oleh setiap orang Kristian apabila memperkatakan tentang hal mengasihi Allah. Alkitab memberitahu kita untuk;

1. Mengasihi Tuhan dengan segenap hati,
2. Mengasihi Tuhan dengan segenap jiwa,
3. Mengasihi Tuhan dengan seluruh akal, dan
4. Mengasihi Tuhan dengan segala kekuatan.

Mark 12: 30, Luke 10: 27

Perhatikan perkara di atas. Kita dapati bahawa alkitab tidak menyebut tentang 'segenap roh'. Ini ialah kerana 'roh' memang penurut, tetapi 'daging' lemah (Mat.26: 41, Mark. 14: 38). Kesemua perkara di atas mempengaruhi 'kedagingan' manusia. Hati manusia amat dalam dan boleh dipengaruhi oleh keinginan yang jahat. Jiwa manusia sejak jatuh dalam dosa amat memberontak dan penuh dengan ketidakpuasan. Akal manusia selalu dibelenggu oleh kekhuatiran, dan tubuh (kekuatan) manusia sentiasa dilemahkan oleh usia, persekitaran dan juga penyakit.

Itulah sebabnya alkitab mengajar kita untuk mengasihi Allah dengan ke-4 tiang kasih tersebut kerana tiang-tiang itulah yang menentukan jatuh bangun seseorang di dalam Tuhan. Jika ada salah satu daripadanya pun yang semakin lemah, maka seluruh kehidupan kerohanian kita pun akan turut dilemahkan juga.

Oleh itu saudara/i yang dikasihi Tuhan, marilah kita terus belajar untuk mengasihi Tuhan dengan sungguh-sungguh dalam hidup kita. Marilah juga terus mengasihi orang lain seperti Yesus telah mengasihi kita, dengan cara membimbing mereka kepada keselamatan di dalam Tuhan. Tuhan memberkati semua...

Nota: "Selagi ada kesempatan di dalam hidup ini, marilah kita hidup mempermuliakanNya"
This article is 

2 comments:

ASLIsmail said...

This is the kind of blog we need to read . I hope those people can digest the contents of your blog and share it with their subordinates ..

We live in diverse nation up of many different religions , levels and backgrounds and to do that we have to respect each other as one's of million wishes .

admin said...

Thanks for the comments. This is our wish to inspire anyone who read this blog for a better living, whoever and where ever you are.