Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

Iman Seperti Anak Kecil

Matius 18: 1-6

Anak sulung saya, baru berusia 3 Tahun 7 bulan, tetapi sudah petah bercakap. Malah dia sudah pandai berdoa sendiri (doa makan dan tidur). Malam tadi saya ajak dia mandi bersama saya. Ikuti perbualan kami;

Saya: Nak mari kita mandi.

Anak: Ada hantu tak tu bapa? (merujuk kepada bilik mandi yang masih gelap)

Saya: Tidak payah takut hantu bah nak (tidak menjawab secara langsung soalanya). Kuat lagi Wewin (nama panggilan anak saya) dari hantu tu.

Anak: Oo... Tuhan lagi kuat kan bapa?

Saya: (Terdiam sekejap...) Ya, Tuhan lagi kuat. Hantu tidak kuat. Wewin anak Tuhan. Wewin pun kuat juga. Hantu tu anak Iblis. Iblis tidak kuat.

Anak: Oo... Hantu tidak kuat. Bapa pun kuat tak tu?

Saya: Kuat. Bapa pun anak Tuhan. Kalau kita bersama Tuhan, kita memang kuat!

Lepas tu kami pun mandi bersama2 sambil terus bercerita lagi...

Saudara/i, jangan kita menganggap anak kecil tidak mengetahui apa2 tentang perkara2 yang kita anggap hanya boleh difahami oleh orang dewasa. Malah ketika usia2 sebeginilah otak mereka berkembang dengan pesat sekali dan mereka dapat belajar dengan cepat apa2 perkara yang kita sajikan kepada mereka. Mereka menerima sebarang pengajaran dengan mudah tanpa banyak soal. Pada usia 12 tahun potensi pemikiran mereka sudah menyamai pemikiran orang dewasa! Itulah sebabnya kita menemui ada anak2 yang genius pada usia 9-12 tahun kerana memang ternyata mereka boleh belajar dengan baik apa sahaja bahan pelajaran pada usia seawal ini.

Disebabkan oleh mudahnya membentuk pemikiran anak2 kecil, maka ibubapa perlu memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan anak2 mereka kepada pengajaran yang benar bersesuaian dengan firman Tuhan. Jika dibiarkan begitu sahaja, akibatnya ialah mereka akan belajar apa sahaja yang ada di persekitaran mereka tanpa tapisan dan menerima itu sebagai sebahagian dari hidup mereka.

Tentang hal iman dan pertaubatan, Yesus berkata bahawa jika kita tidak bertaubat dan merendahkan diri seperti anak kecil maka kita tidak akan masuk ke dalam kerajaan Syurga. Demikian pula jika seseorang menyebabkan seorang anak kecil tersesat, firman Tuhan katakan lebih baik batu yang besar diikatkan pada lehernya dan ditenggelamkan ke dalam laut.

Oleh itu saudara/i, marilah kita menerima ajaran firman Tuhan dengan seadanya seperti anak kecil dan janganlah bersikap seolah2 lebih bijak dari Tuhan pula. Marilah juga kita mendidik anak2 kecil supaya mereka menerima ajaran yang benar tentang Yesus. Dengan demikian kita bersama2 akan menerima penyelamatan di dalam Yesus Kristus Tuhan kita. Tuhan memberkati semua.

Nota: Peribahasa in memang benar, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
This article is 

1 comment:

LoveChrist said...

Sepuluh orang kanak-kanak lebih mudah diyakinkan berbanding seorang dewasa.