Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

Kenapa TUHAN Menjadi Manusia?

Sejak dari kecil, saya telah diajarkan atau telah belajar bahawa setiap tahun apabila menyambut Hari Krismas/Natal, kelahiran Yesus yang dirayakan. Sejak saya belum dewasa di dalam iman sehinggalah saya menemukan jawapannya (sekurang2nya untuk diri saya sendiri), saya seringkali bertanya, "Kenapa Tuhan mesti lahir ke dunia? Dan jika memang Dia perlu lahir ke dunia, kenapa mesti menjadi seorang manusia; dan bahkan sebagai manusia yang tidak berdosa.

Mari kita selidiki jawapan2nya;

1. Untuk mebolehkan diriNya dapat 'diterima' oleh manusia.

Manusia merupakan ciptaan Allah yang terbaik. Di Taman Eden di mana pasangan manusia pertama (Adam dan Hawa) ditempatkan, Allah mempunyai persekutuan yang begitu intim dengan mereka. Namun Allah 'terpaksa' mengusir pasangan manusia itu keluar dari taman itu setelah mereka jatuh dalam dosa. Pun begitu, Allah masih menunjukkan betapa Dia begitu mengasihi mereka dengan membuat pakaian untuk mereka dari kulit binatang sebelum mereka diusir keluar.

Oleh kerana dosa, manusia tidak lagi boleh menghampiri Allah yang kudus. Namun Allah sendiri yang mengambil inisiatif untuk mahu terus berhubungan dengan manusia; melalui pernyataan kemuliaanNya dalam bentuk 'api', 'awan', 'mukjizat2', dan berbicara melalui nabi2. Manusia tidak dapat berhadapan dengan Allah kerana sesiapa saja yang memandang wajah Allah pasti akan mati.

Bayangkan diri kita dengan sekawanan burung. Kita hanya akan dapat 'diterima' di kalangan mereka hanya jika kita dapat menjadi seperti mereka. Jika tidak, kita hanya akan menjadi penyebab ketakutan kepada mereka jika kita cuba untuk menghampiri dan bergaul dengan mereka. Sama seperti kita dan burung2 itu, kehadiran Allah dalam kemuliaan dan kekudusannya akan menyebabkan ketakutan dan kematian kepada manusia yang berdosa. Namun Allah mahu memulihkan 'persekutuan' yang semula dengan manusia. Itulah sebabnya Allah tidak mempertahankan kedudukannya yang ilahi dengan turun ke dunia, menjadi sama seperti manusia.

2. Untuk menyatakan 'rupa'Nya kepada manusia.

Alkitab memberitahu kita bahawa manusia diciptakan 'seperti' Allah yang mempunyai akal fikiran, boleh menguasai dan memiliki hak untuk memilih. Namun alkitab juga menyebut bahawa Allah menciptakan manusia 'menyerupai' Dia. Kata dasar menyerupai ini ialah 'rupa', yang adalah hal yang nyata atau kelihatan.

Allah adalah Roh, tetapi apabila Dia menyatakan dirinya secara 'fizikal', Dia harus menjadi seperti manusia kerana rupa manusia itu adalah 'rupa' Allah. Ringkasnya, dengan 'menjadi' manusia, Allah sebenarnya hanya menyatakan 'rupa' diriNya yang sebenar; sebagai manusia yang ilahi (Manusia 100%, dan Allah 100%). Dengan demikian, Allah tidak ada masalah lagi untuk bersama-sama dengan manusia.

3. Untuk menjadi korban pengampunan dosa yang sejati.

Menurut kitab Taurat (Perjanjian Lama), hampir segala sesuatu disucikan dengan darah. Demikian juga dosa hanya dapat diampunkan jika ada penumpahan darah. Manusia sudah berusaha untuk mendapatkan pengampunan dosa dengan mempersembahkan korban pengampunan dosa yang merupakan haiwan seperti lembu, domba, kambing, dan burung. Setiap kali umat Israel berdosa, ada korban pengampunan dosa yang harus dipersembahkan. Bahkan acara korban pengampunan dosa ini merupakan acara tahunan oleh masyarakat Israel dalam perjanjian lama. Haiwan2 yang dikorbankan ini pula mestilah yang terpilih; sihat dan tidak ada cacatnya.

Kitab orang Yahudi bukanlah gambaran lengkap dan sempurna tentang perkara-perkara yang sebenarnya. Ia hanyalah bayangan kepada perkara2 baik yang akan datang. Semua persembahan korban itu tidak dapat menghapuskan dosa manusia. Darah haiwan tidak dapat menggantikan dosa manusia. Dosa manusia hanya dapat dihapuskan dengan darah manusia juga. Tetapi manusia yang akan dikorbankan itu haruslah seseorang yang tidak ada cacat celanya atau dalam erti kata yang sebenar 'tidak berdosa'.

Namun Alkitab memberitahu kita bahawa sebelum Yesus, tidak ada manusia di muka bumi ini yang tidak berdosa. Bayi yang masih di dalam kandungan dan saat ia lahir juga sudah berdosa (kerana dosa warisan dari Adam; Bapa leluhur kita). Oleh itu siapakah yang layak untuk dijadikan korban penghapus dosa manusia? Jika ada pun (tapi memang tiada manusia yang tidak berdosa), sanggupkah dan layakkah dia dijadikan korban pengampunan dosa yang diperlukan oleh segenap umat manusia. Allah sedar bahawa satu2nya cara ialah 'menjadikan' seorang manusia yang tidak berdosa untuk tujuan tersebut.

Tujuan itu terlaksana melalui Yesus; Dia dikandung dan dilahirkan oleh seorang anak dara bernama Maria melalui kuasa Roh Kudus (Bukan atas perhubungan suami/isteri). Sebab itu Yesus tidak berdosa sejak dia dibentuk dalam rahim 'ibu'Nya (tidak mewarisi dosa warisan) dan bahkan sejak dia lahir sehingga akhir hayat 'manusia'Nya, Dia tidak berdosa. Yesus Kristus melakukan kehendak Allah, dan mempersembahkan diriNya sendiri sebagai korban. Hal itu dilakukanNya sekali saja untuk selama-lamanya. Dengan persembahan itu kita semua dibersihkan daripada dosa.

"Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaanNya yang ilahi harus dipertahankanNya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti hamba. Dia datang sebagai manusia. Dia merendahkan diri dan hidup taat kepada Allah sehingga mati; mati di atas salib. Itulah sebabnya Allah meninggikan dia setinggi-tingginya, dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, di bumi dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia. Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan. (Filipi 2: 6-11, Alkitab BM).

Selamat menyambut Hari Natal 2008 dan Tahun Baru 2009. Tuhan memberkati semua.

0 comments
This article is 

4 KUALITI MATA YANG SALAH

Memancing perlukan kesabaran, sekaligus kesegaran MATA, kemahiran melihat kawasan mana penuh ikan, mana yang tidak. Aktiviti ini juga berkait rapat dengan aktiviti menjala ikan iaitu kaedah ( method) lain yang digunakan untuk menangkap ikan. Dalam Alkitab aktiviti menjala ikan ini beberapa kali dikaitkan dengan aktiviti menjala jiwa-jiwa untuk Kristus, di mana kita melihat pengikut-pengikut Yesus yang terawal sudah dilatih di dalam aktiviti menangkap ikan dan mereka belajar bagaimana menggunakan kemahiran tersebut untuk menjala jiwa-jiwa untuk Tuhan. Dalam kedua-dua ‘method’ diatas, kita dapati bahawa cara kita mengendalikan mata kita amat penting untuk memastikan hasil yang terbaik, ( Jiwa diselamatkan) . Mari kita belajar daripada 4 kualiti “MATA” yang tidak seharusnya dimiliki seorang pemancing yang mahir dan bagaimana kita mengaitkannya dengan sikap hidup kita semasa kita beribadah kepada Tuhan sementara kita masih berada di dunia ini:

1.Mata yang sibuk memperhatikan hal-hal yang lain.

Yoh. 4 ditulis tentang Yesus dan perempuan Samaria di tepi sumur, 'sebab murid-murid telah pergi ke kota membeli makanan' Yoh 4:8. Tidak salah mencari makanan, tapi di ayat ini murid Yesus lebih sibuk dengan urusan perut daripada mengurus perempuan Samaria yang butuhkan khabar baik. Kadang2 kita juga demikian; terlalu fokus dengan bermacam-macam hal, tapi lupa pada injil, kerana:

1.1 Tanggungjawab untuk ‘hal-hal yang penting’
Semua penting, semua mendesak, akhirnya penginjilan ada di 'checklist' terakhir.

1.2 Hubungan di dalam gereja
Sibuk pelayanan, kegiatan gereja sehingga tiada teman di luar gereja. Padahal Yesus berkata kita perlu keluar jadi saksi.

1.3 Mencuba melakukan hal-hal yang baik tetapi tidak seimbang
Ada lagi yang fokus pada orang-orang yang butuh dilayani dan bertumbuh di gereja, tetapi lupa bahwa di luar sana banyak jiwa yang belum diselamatkan.

2. Mata yang melihat hal-hal sementara.

Jangan tertipu oleh 'trend' atau melakukan hal-hal yang membuat kita kelihatan ‘current’ atau ‘updated’, padahal belum tentu hal itu memenangkan jiwa.

3. Mata yang penuh kritik.

Yoh 4: 27, ”pada waktu itu datanglah murid-muridNya dan mereka heran bahwa Ia sedang bercakap-cakap dengan seorang perempuan. Tetapi tidak seorangpun yang berkata: ”Apa yang Engkau kehendaki? Atau: apa yang Engkau percakapkan dengan dia?” Berani betul murid-murid Yesus mengkritik guru mereka yang sedang bicara dengan perempuan yang punya 5 suami. Kalau tidak hati-hati kita bisa terlibat di posisi yang sama, menganggap kita lebih baik dari orang lain. Bukan mendekati mereka untuk melayani malah menjauhi. Padahal tanpa darah Yesus kita sama saja dengan mereka.

4. Mata yang menjadi kabur.

Berikut ini hal-hal yang boleh menjadikan mata kita kabur;

4.1 "Aduh penat betul..." ( penat / malas mentaliti)
4.1 "Kan saya bilang begitu, saya tahu dah..." (tidak peduli)
4.2 "Alah, begitu kecil pun mau bising-bising..." ( menganggap remeh semua urusan)
4.3 Visi yang terlalu kecil.

Secara jujur saya pernah memiliki semua jenis kualiti mata di atas semasa saya masih di kampus perubatan dan datang ke geraja hanya pada hari Ahad. Salah satunya adalah saya menjadi ‘ahli klub’ pengkritik pengkhutbah-pengkhutbah di gereja ketika itu sehingga seorang graduan senior telah mempengaruhi saya mengikuti 'klub aktiviti baru' yang boleh saya terima, iaitu mengikuti selera semasa saya. Dengan kasih anugerahNya saya terlibat dalam pelayanan Pemuda Pemudi untuk beberapa tahun sehingga saya kembali ke Sabah. Pada waktu itulah juga saya menyedari bahawa sememangnya seorang pemimpin itu tidak terlepas daripada pandangan orang-orang yang memiliki 4 kualiti MATA di atas. Jadi penting untuk kita mendoakan pastor gereja kita masing-masing agar tidak tewas oleh sebarang cubaan.

Betapa perlunya kita berjalan di dalam terang dan pimpinan Tuhan kita serta mengandalkan setiap perkara dalam rencana dan kehendakNya. Semua orang adalah pemimpin kepada seseorang. Jadi kita semua memerlukan hikmat daripada Tuhan setiap hari. Dalam Amsal 1:7 mengingatkan kita bahawa Takut akan Tuhan adalah permulaan hikmat. Dan kita boleh meminta hikmat daripada Tuhan melalui doa kita agar kita memperolehi pengetahuan dan pengertian daripadaNya, dan kehendakNya yang terjadi dalam hidup kita.

Tuhan memberkati!
2 comments
This article is 

Kekuatan Mengatakan "Ya"

Salam sejahtera saudara saudari pembaca yang setia mengikuti perkembangan Virtual Church ini. Kebelakangan ini saya mengalami pelbagai kesibukan yang tidak memungkinkan saya kongsi sesuatu di blog ini. Walaupun sudah menetapkan priority tertentu dalam aktiviti/ tugas harian tapi nampaknya apabila saya merenung sejenak beberapa bulan yang sudah, ternyata terlalu banyak perkara ‘unplanned’ yang biasanya dianggap ‘urgent’ sehingga aktiviti terancang terabai. Disamping tugas merawat pesakit, memimpin satu organisasi yang terdiri daripada 400 anggota menjadik an rutin harian 8-8 (8 am- 8 pm) perkara biasa. Jemputan-jemputan ceramah/ kongsi Firman Tuhan adalah salah satu aktiviti yang menambah warna kepada rutin harian selain aktiviti-aktiviti keluarga yang sememangnya banyak. Akhirnya perkara-perkara ini akan menjadi beban dan masalah kepada saya jika tidak dikendalikan dengan betul.

Sebagai seorang yang percaya dan diselamatkan, kita tidak dapat lari dari pergumulan hidup ini malah kita pasti akan mengalami cabaran dan dugaan seperti di atas kerana Tuhan tidak menjanjikan hidup yang ”problem free”. Namun kita harus bersyukur kerana perkara-perkara inilah yang menjadikan kita bertambah kuat dan matang, sudah tentu dengan pertolongan dan kekuatan Roh Allah sendiri. Baru-baru ini saya diingatkan tentang sebuah buku yang bertajuk ‘ Kekuatan Mengatakan Tidak’. Buku ini sangat memberi kesan kerana ia mengingatkan saya betapa banyak masalah yang timbul apabila kita mengambil keputusan yang bertentangan dengan rasional akal fikiran kita semata-mata kerana tidak mahu mengecewakan orang lain. Prioriti kita terabai kerana mengurus hal-hal ‘urgent’ orang lain hingga satu ketika kita berkata ”Ah! Kan baik saya tidak mempedulikan permintaan si Alan tadi, kalau dia di posisi saya sudah pasti dia tidak akan ambil peduli dan menolong saya dalam permasalahan begitu.”

Seorang teman rapat saya telah menegur saya apabila saya berkongsi dengan beliau bahawa saya mungkin perlu KEKUATAN MENGATAKAN TIDAK kepada beberapa jemputan yang membuat saya bertambah sibuk sehingga beberapa perkara ‘prioriti’ terabai. Tetapi beliau mengingatkan saya bahawa yang saya perlukan adalah KEKUATAN UNTUK MENGATAKAN YA. Setelah berfikir sejenak, memang benar bahawa kita juga perlu KEKUATAN UNTUK BERKATA YA dalam perkara-perkara yang memuliakan nama Allah Bapa kita yang empunya KEKUATAN UNTUK BERKATA YA tersebut. Dalam Mazmur 46: 2 mengingatkan kita bahawa, “Allah perlindungan dan kekuatan kita; Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan.”

Banyak orang mengalami tekanan semasa krisis ekonomi yang melanda sejak awal tahun ini. Tidak kurang juga orang yang kehilangan sumber pencarian, bankrup dan akhirnya bunuh diri. Mereka yang tidak mengandalkan Tuhan dalam hidup mereka mempunyai risiko bertindak sedemikian. Kita sebagai orang percaya perlu kuat dalam menghadapi masa kemelesetan ekonomi dunia ini. Jadi bukan kerana kita hebat tetapi Tuhan kita yang kuat. Bukan kerana si aku kuat/hebat tetapi oleh Roh Tuhan kita akan tetap kuat.

Ada satu jenis kayu istimewa yang dinamakan KAYU BESI dan banyak digunakan untuk membina jeti di laut. Kayu ini semakin lama terendam dalam air laut (masin), ia menjadi semakin kuat dan teguh. Itulah sebabnya kayu pilihan yang lebih baik digunakan untuk membina jeti berbanding besi yang cepat berkarat dalam air laut. Kehidupan Orang Kristian seharusnya seperti kayu ini. Semakin banyak cobaan/ cabaran hidup ini, kita menjadi semakin kuat. Jaminan Tuhan kita yang patut meyakinkan kita adalah bahawa tiada cubaan yang melebihi kemampuan kita untuk menghadapinya; Tuhan tidak akan benarkan cubaan yang melampaui kekuatan kita.

Apabila saudara menghadapi dilema dalam hidup ini, ingatlah bahawa saudara boleh menghadapinya. Katakan kepada diri bahawa ini adalah cuma salah satu cubaan yang pasti akan dapat diatasi dan pasti akan berlalu. Mintalah kepada Tuhan supaya diberi KEKUATAN untuk “Berkata Ya” terhadap perkara-perkara yang memuliakan namaNya dan juga “Berkata Ya” terhadap masalah-masalah yang datang melanda. Inilah peluang keemasan untuk saudara dibentuk menjadi semakin baik dan semakin kuat dalam hidup ini. Tuhan kita tidak pernah berubah. Walaupun manusia selalu berubah tetapi Tuhan adalah setia dan adil kerana Dia tidak dapat menyangkal diriNya dengan menjadi tidak setia. Maz 37:39 mengingatkan kita bahawa “Orang-orang benar diselamatkan oleh Tuhan; Ia adalah tempat perlindungan mereka pada waktu kesesakan;”

Tuhan memberkati!
2 comments
This article is