Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

Azam Tahun Baru

Shallom! Bertemu kembali di Gereja Maya di tahun baru 2009. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kesetiaan anda untuk mengikuti perkembanagn pelayanan maya ini. Saya berharap siapa pun anda, telah diberkati oleh perkongsian2 yang kami telah sampaikan di sini. Berkat itu bukan daripada kami, tetapi Bapa di Syurga yang telah menyatakan kasihNya kepada dunia ini melalui AnakNya Yesus Kristus. Segala salah dan silap perkataan, kami memohon berbanyak2 kemaaafan dan kami mendoakan semoga tahun ini menjanjikan berkat yang besar untuk kita semua.

Seperti kebiasaannya apabila tahun baru menjelma, orang pasti akan bertanya tentang azam baru. Bagi saya secara peribadi saya sudah mula tidak menyenaraikan apa azam baru setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bukan kerana tidak ada azam baru, tetapi saya lebih selesa jika saya hanya meletakkan azam baru saya sebagai 'mahu memberi dan menjadi yang terbaik untuk Tuhan'. Oleh kerana itulah azam baru yang saya sentiasa pegang, maka saya tidak perlu menukarnya lagi atau menyenaraikan lagi azam2 baru yang banyak. Saya anggap semua itu hanyalah usaha2 saya untuk mahu 'memberi dan menjadi yang terbaik untuk Tuhan'.

Jika perlu disenaraikan juga beberapa di antara usaha itu, sudah pasti seperti ramai saudara/i ketahui saya mahu buat yang terbaik dalam usaha saya untuk mengusahakan klinik sendiri di pekan Kota Belud yang akan bermula pada bulan ini (semoga dapat dimulakan pada 19 Jan 2009). Sedikit masa nanti saya akan buat artikel dan laman khas mengenainya. Apa yang pasti, dalam segala sesuatu yang saya ingin lakukan, Tuhan tetap menjadi yang terutama dan yang terpenting. Apa saja usaha yang saya buat, saya mahu melakukannya untuk memuliakan namaNya.

Tahun ini (Bulan ini) juga saya dan isteri akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5. Saya secara peribadi mengharapkan agar kami sekeluarga akan terus diberkati dan diurapi Tuhan. Hubungan saya dengan isteri tetap penuh kasih dan bahkan semakin intim dan penuh pengertian. Sentiasa menjadi harapan saya yang besar agar kami sekeluarga akan sentiasa memelihara kasih Yesus dalam kehidupan kami, melayani dengan penuh kasih dan menjadi berkat bagi orang lain. Anak2 kami akan memulakan persekolahan; Ada yang masuk tahun 1 (anak angkat), ada yang masuk tadika satu (anak sulung) dan yang bungsu baru melepasi umur 2 tahun.

Banyak perkara lain juga yang saya ingin lakukan di tahun yang baru ini, tetapi cukuplah perkongsian kali ini. Jika ada kesempatan yang lain dan ada keperluan, saya akan kongsikan. Untuk itu saya mengajak kita semua yang percaya Yesus agar terus giat di dalam Tuhan; belajar firman Tuhan dengan lebih tekun, semakin mengasihi sesama dan sentiasa saling mendoakan. Marilah terus menjadi terang dan garam bagi dunia ini; secara nyata ataupun maya. Selamat Tahun Baru 2009 dan Tuhan memberkati kita semua.

Note: There's a saying, "God First, Family Second, and Career Third. It's not a philosophy, but it's a reality."
This article is 

No comments: