Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

TUHAN JADIKAN SEMUANYA INDAH PADA WAKTUNYA



Setiap hari saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan sendiri yang mengambil kira2 30-45min masa perjalanan.

Sepanjang masa perjalanan itu, kalau bukan mendengar radio Hot FM, saya akan memasang CD lagu. Di antara CD lagu itu sudah tentu CD lagu rohani yang menjadi keutamaan.

Kelmarin, semasa saya dalam perjalanan balik ke rumah, saya memasang CD lagu rohani yang sememangnya sentiasa berada dalam pemain CD. Saya sungguh diingatkan, dihiburkan dan diberkati dengan sebuah lagu yang berlirik seperti berikut;

Ada waktu untuk berduka,
Dan ada waktu ‘tuk tertawa,
Untuk segala sesuatunya
Ada waktunya...

Ada waktu untuk merombak,
Dan ada waktu ‘tuk membangun,
Kau jadikan semuanya indah,
Pada waktunya...

Walau kini ku menambur benih,
Sambil mencucurkan airmata,
Kupercaya suatu saat kukan menuai berkatnya,
Sambil bersorak-sorai.

Nota: Marilah sentiasa mengingatkan diri kita akan kebaikan dan kemurahan Tuhan setiap waktu kerana sesungguhnya tidak ada sedetik dalam hidup kita yang terlepas dari permerhatianNya. Sila klik YouTube di atas untuk mendengarkan lagu tersebut.
0 comments
This article is 

PERAYAAN PASKAH/EASTER

Bulan Mac/April merupakan antara bulan yang sibuk untuk gereja. Sibuk kerana pada bulan inilah sambutan Paskah atau Easter dirayakan. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai perayaan ini.

Hari Jumaat tertentu pada bulan Mac atau April setiap tahun kita akan bercuti umum kerana Good Friday. Kebiasaannya mereka yang bekerja sama ada di jabatan kerajaan mahupun swasta, kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk pergi berkelah, melancong, atau pun hanya santai bersama keluarga di rumah. Tidak kurang juga yang pergi aramai ti dengan kawan2. Cuti dan perayaanlah katakan, macam Krismas dan Tahun Baru juga.

Ramai orang, bahkan orang ‘Kristian’ sendiri tidak tahu apa itu Good Friday, Paskah, dan Easter. Oleh itu ramai orang (Kristian) tidak begitu menghargai hari2 ini dan tidak menyambutnya dengan lebih bermakna.

Secara ringkasnya, Good Friday merupakan hari memperingati kematian Tuhan Yesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari memperingati kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian (pada hari ketiga selepas kematiannya). Tarikh Good Friday berbeza2 setiap tahun kerana dipengaruhi oleh pengiraan dan penetapan hari Easter berdasarkan kalendar Ibrani yang merujuk kepada Paschal Full Moon (PFM).

Perayaan Paskah menurut orang2 Yahudi (dalam Perjanjian Lama) pula sebenarnya merujuk kepada hari memperingati ‘pembebasan’ mereka dari perhambaan di Mesir suatu ketika dahulu (pada zaman nabi Musa). Menurut alkitab, nabi Musa diperintahkan oleh TUHAN untuk memimpin umat Israel keluar dari Mesir supaya dapat beribadah kepadaNya.

Pada mulanya Firaun tidak membenarkan mereka pergi sehingga tiba bala yang terakhir menimpa Mesir, iaitu TUHAN telah ‘membunuh’ semua anak sulung orang Mesir termasuk Firaun sendiri dan segala ternakan mereka, barulah Firaun membenarkan mereka pergi. Pada malam ‘pembunuhan’ itu TUHAN telah ‘melepasi’ (pass over) rumah orang2 Israel. Itulah sebabnya sehingga ke hari ini, sungguhpun orang2 Yahudi tercerai-berai di merata tempat di dunia ini, mereka tetap dapat disatukan semula oleh sambutan perayaan ini.

Dalam konteks Kristian pula, perayaan Paskah tidak lagi merujuk kepada perayaan Paskah Yahudi, tetapi seperti yang saya sebutkan di atas, merujuk kepada hari memperingati ‘pembebasan’ manusia daripada perhambaan dosa melalui ‘kematian’ dan ‘kebangkitan’ Yesus Juruselamat. Sila baca di sini untuk artikel yang berkaitan. Selamat menyambut perayaan Paskah/Easter kepada semua umat Kristian dan Tuhan memberkati kita semua.
2 comments
This article is 

Hati Yang Gembira

Ramai di antara kita tenggelam setiap hari dalam kesedihan yang tidak berpenghujung. Kita gagal menikmati suatu kehidupan yang memuaskan kerana kita membiarkan diri kita terus-menerus dibelenggu oleh ratapan dan kegelapan yang menyelubungi fikiran. Akibatnya, ia 'mencacatkan' keceriaan air muka kita, melumpuhkan kesihatan dan akhirnya memendekkan usia kita. Berita baik bagi kita ialah KITA BOLEH MEMILIH UNTUK MEMPUNYAI HATI YANG GEMBIRA. Perubahan itu bermula dan terletak pada diri kita sendiri.

Bagaimana?

1) Tuhan - "Takut akan TUHAN adalah didikan yang mendatangkan hikmat, dan kerendahan hati mendahului kehormatan" (Amsal 15:33, ITB). Ketika Tuhan menjadi pusat di dalam hati kita, Dia dapat mengajarkan jalan-jalanNya kepada kita melalui pengalaman-pengalaman dalam kehidupan kita.

2) Tertawa - "Hati yang gembira membuat muka berseri-seri, tetapi kepedihan hati mematahkan semangat" (Amsal 15:13, ITB). Kebahagiaan sejati bermula dari hati kita yang terdalam dan kemudian terpancar atau terlihat dari muka kita.

3) Hargai Perkara-perkara Yang Kecil - "Lebih baik sepiring sayur dengan kasih, daripada lembu tambun dengan kebencian" (Amsal 15:17, ITB). Memelihara hubungan kasih dan menikmati perkara-perkara yang kecil namun utama di dalam hidup kita jauh lebih penting daripada kekayaan dan kejayaan.

Tidak semua dari antara kita akan berumur panjang, namun kita semua dapat hidup dengan baik setiap hari dengan tertawa gembira, selalu berjalan bersama Tuhan dan menghargai perkara-perkara kecil di dalam hidup. God bless everyone!

2 comments
This article is