Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

PERAYAAN PASKAH/EASTER

Bulan Mac/April merupakan antara bulan yang sibuk untuk gereja. Sibuk kerana pada bulan inilah sambutan Paskah atau Easter dirayakan. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai perayaan ini.

Hari Jumaat tertentu pada bulan Mac atau April setiap tahun kita akan bercuti umum kerana Good Friday. Kebiasaannya mereka yang bekerja sama ada di jabatan kerajaan mahupun swasta, kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk pergi berkelah, melancong, atau pun hanya santai bersama keluarga di rumah. Tidak kurang juga yang pergi aramai ti dengan kawan2. Cuti dan perayaanlah katakan, macam Krismas dan Tahun Baru juga.

Ramai orang, bahkan orang ‘Kristian’ sendiri tidak tahu apa itu Good Friday, Paskah, dan Easter. Oleh itu ramai orang (Kristian) tidak begitu menghargai hari2 ini dan tidak menyambutnya dengan lebih bermakna.

Secara ringkasnya, Good Friday merupakan hari memperingati kematian Tuhan Yesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari memperingati kebangkitan Tuhan Yesus dari kematian (pada hari ketiga selepas kematiannya). Tarikh Good Friday berbeza2 setiap tahun kerana dipengaruhi oleh pengiraan dan penetapan hari Easter berdasarkan kalendar Ibrani yang merujuk kepada Paschal Full Moon (PFM).

Perayaan Paskah menurut orang2 Yahudi (dalam Perjanjian Lama) pula sebenarnya merujuk kepada hari memperingati ‘pembebasan’ mereka dari perhambaan di Mesir suatu ketika dahulu (pada zaman nabi Musa). Menurut alkitab, nabi Musa diperintahkan oleh TUHAN untuk memimpin umat Israel keluar dari Mesir supaya dapat beribadah kepadaNya.

Pada mulanya Firaun tidak membenarkan mereka pergi sehingga tiba bala yang terakhir menimpa Mesir, iaitu TUHAN telah ‘membunuh’ semua anak sulung orang Mesir termasuk Firaun sendiri dan segala ternakan mereka, barulah Firaun membenarkan mereka pergi. Pada malam ‘pembunuhan’ itu TUHAN telah ‘melepasi’ (pass over) rumah orang2 Israel. Itulah sebabnya sehingga ke hari ini, sungguhpun orang2 Yahudi tercerai-berai di merata tempat di dunia ini, mereka tetap dapat disatukan semula oleh sambutan perayaan ini.

Dalam konteks Kristian pula, perayaan Paskah tidak lagi merujuk kepada perayaan Paskah Yahudi, tetapi seperti yang saya sebutkan di atas, merujuk kepada hari memperingati ‘pembebasan’ manusia daripada perhambaan dosa melalui ‘kematian’ dan ‘kebangkitan’ Yesus Juruselamat. Sila baca di sini untuk artikel yang berkaitan. Selamat menyambut perayaan Paskah/Easter kepada semua umat Kristian dan Tuhan memberkati kita semua.
This article is 

2 comments:

JMimie Mabin said...

"Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini sehingga Dia telah mengaruniakan anakNya yang tunggal supaya setiap yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal" Yoh 3:16, ITB

Blessed Easter friends!

Anonymous said...

mengapa tidak:)