Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

MENAWAN MUSUH TERBESAR KITA (CONQUERING OUR ARCHENEMY)

"Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?" (Roma 7:24, ITB)

Jika anda ditanya siapakah musuh terbesar anda, apa jawapan anda?

Iblis? Penjenayah kejam? Pembunuh? Perogol? Pendera? Orang2 yang mementingkan diri sendiri? Pemimpin yang menyeleweng? Suami/isteri anda yang curang? Jiran yang suka memfitnah dan menjatuhkan anda?....

Seringkali bila soalan seperti ini ditanya, mata hati dan fikiran kita akan segera memandang dan menyenaraikan nama2 individu yang menjadi musuh atau individu yang memusuhi kita. Bermula dari yang paling dibenci sehingga kepada yang sederhana dibenci. Namun, realitinya kita lupa bahawa semua individu yang kita senaraikan itu sebenarnya tidak dapat menyakiti kita sama sekali malahan tidak dapat melakukan apapun terhadap diri kita jika kita tidak membenarkan diri kita dikuasai oleh mereka. Bahkan kita boleh sentiasa menjauhkan diri kita dari mereka. Hakikatnya, musuh terbesar kita dan yang paling menakutkan adalah dia yang sentiasa berada dekat dengan kita. Dia yang tidak mungkin dapat dijauhkan dari kita. Dia itu adalah diri kita sendiri.

Secara alamiah, setiap saat di dalam diri kita sentiasa berlaku peperangan di antara dua jenis keinginan. Keinginan baik versus keinginan jahat. Kita selalu mahu melakukan yang baik tetapi pada masa yang sama kita kerap kali jatuh dan masih juga melakukan apa yang bertentangan dengan perintah Tuhan. Kita pasti pernah merasakan seperti yang dirasakan oleh Apostle Paul yang berkata “Sebab apa yang aku perbuat, aku tidak tahu. Karena bukan apa yang aku kehendaki yang aku perbuat, tetapi apa yang aku benci, itulah yang aku perbuat....Sebab di dalam batinku aku suka akan hukum Tuhan, tetapi di dalam anggota-anggota tubuhku aku melihat hukum lain yang berjuang melawan hukum akal budiku dan membuat aku menjadi tawanan hukum dosa yang ada di dalam anggota-anggota tubuhku.” (Roma 7:15-23, ITB) .


Peperangan melawan keinginan daging yang berdosa adalah suatu kenyataan di dalam dunia kita yang telah jatuh dalam dosa. Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai pilihan baik dan jahat. Tidak ada sesiapa bahkan Iblis sekalipun, tidak dapat memaksa kita melakukan kejahatan jika kita TIDAK MEMILIH untuk mengikuti keinginan jahat di dalam diri kita. Iblis atau orang lain hanya boleh menggoda kita tetapi pilihan sebenar terletak di tangan kita sendiri. Namun demikian, sementara pilihan terletak di tangan kita sendiri, kita juga tidak mungkin mempunyai kekuatan untuk memilih yang baik dan benar jika kita berjuang sendirian.

Renungkan ini seketika:

Mengapa Apostle Paul sebagai seorang rasul yang sangat beriman dan sentiasa dekat dengan Tuhan berkata dan bertanya, “Aku, manusia celaka! Siapakah yang akan melepaskan aku dari tubuh maut ini?”

Pertanyaan Apostle Paul adalah juga pertanyaan kita pada hari ini….siapakah yang boleh melepaskan kita daripada keinginan2 jahat yang sentiasa berjuang di dalam diri kita? Ternyata dengan kekuatan sendiri, mustahil untuk kita melepaskan diri daripada keinginan menuruti hawa nafsu manusiawi kita.


Tetapi kita bersyukur kerana pertanyaan itu ada jawapannya… “…oleh Yesus Kristus, Tuhan kita” (Roma 7:25, ITB). Hanya Yesus yang boleh melepaskan kita.


Oleh itu, jika kita merasa pada hari ini sangat terbeban dengan kelemahan2 kita, jangan goyah. Berharaplah kepada Yesus. “Sebab Imam Besar yang kita punya, bukanlah imam besar yang tidak dapat turut merasakan kelemahan-kelemahan kita, sebaliknya sama dengan kita, Ia telah dicobai, hanya tidak berbuat dosa. Sebab itu,

marilah kita dengan penuh keberanian menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya.” (Ibrani 4:15-16, ITB).


Have a blessed day everyone
.
3 comments
This article is 

BELAJAR UNTUK BERSYUKUR

"Mengapa hatiku sedih dan gelisah? Aku berharap kepada Allah. Maka aku akan bersyukur lagi kepada-Nya, kepada Allahku dan penyelamatku." (Maz. 42: 5,11, Maz. 43: 5 Alkitab BIS)

Ada waktunya dalam hidup, kita merasakan seperti tidak ada tujuan hidup. Kita terbelenggu oleh pelbagai masalah dan kesulitan hidup. Pada saat itu seringkali pertanyaan yang timbul dalam diri ialah;

"Kenapa saya harus mengalami kesulitan seperti ini?"

"Kenapa mesti saya?"

"Tuhan di manakah Engkau? Kenapa membiarkan saya malang begini?"

Saudara/i yang dikasihi dalam Tuhan, anda tidak sendirian. Justeru pada ketika kita merasakan diri kesepian, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah teman yang sejati.

Ketika kita merasa diri seperti tidak tertolong, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber pertolongan yang sejati.

Ketika kita merasakan diri penuh kesakitan, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah penyembuh yang sejati.

Ketika kita merasakan diri sangat lemah, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber kekuatan yang sejati.

Ketika kita merasakan diri serba kekurangan, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber segala berkat.

Ketika kita merasakan seperti tidak ada harapan lagi, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber pengharapan yang sejati.

Janganlah kita mengukur Tuhan dengan segala kesengsaraan yang kita alami, tetapi belajarlah untuk menghitung setiap hari yang Tuhan berikan kepada kita. Dengan demikian, kita tidak punya alasan untuk tidak mensyukuri setiap detik yang berlalu dalam hidup kita.

Nota: Sesungguhnya setiap nafas yang kita hela, adalah mukjizat dan berkat daripadaNya. Bersyukurlah...

"Dalam segala keadaan hendaklah kalian bersyukur, sebab itulah yang Allah inginkan dari kalian sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus (penyelamat)." (1 Tes. 5: 18 Alkitab BIS).
1 comments
This article is