Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

BELAJAR UNTUK BERSYUKUR

"Mengapa hatiku sedih dan gelisah? Aku berharap kepada Allah. Maka aku akan bersyukur lagi kepada-Nya, kepada Allahku dan penyelamatku." (Maz. 42: 5,11, Maz. 43: 5 Alkitab BIS)

Ada waktunya dalam hidup, kita merasakan seperti tidak ada tujuan hidup. Kita terbelenggu oleh pelbagai masalah dan kesulitan hidup. Pada saat itu seringkali pertanyaan yang timbul dalam diri ialah;

"Kenapa saya harus mengalami kesulitan seperti ini?"

"Kenapa mesti saya?"

"Tuhan di manakah Engkau? Kenapa membiarkan saya malang begini?"

Saudara/i yang dikasihi dalam Tuhan, anda tidak sendirian. Justeru pada ketika kita merasakan diri kesepian, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah teman yang sejati.

Ketika kita merasa diri seperti tidak tertolong, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber pertolongan yang sejati.

Ketika kita merasakan diri penuh kesakitan, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah penyembuh yang sejati.

Ketika kita merasakan diri sangat lemah, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber kekuatan yang sejati.

Ketika kita merasakan diri serba kekurangan, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber segala berkat.

Ketika kita merasakan seperti tidak ada harapan lagi, Dia hanya mahu kita tahu bahawa Dialah sumber pengharapan yang sejati.

Janganlah kita mengukur Tuhan dengan segala kesengsaraan yang kita alami, tetapi belajarlah untuk menghitung setiap hari yang Tuhan berikan kepada kita. Dengan demikian, kita tidak punya alasan untuk tidak mensyukuri setiap detik yang berlalu dalam hidup kita.

Nota: Sesungguhnya setiap nafas yang kita hela, adalah mukjizat dan berkat daripadaNya. Bersyukurlah...

"Dalam segala keadaan hendaklah kalian bersyukur, sebab itulah yang Allah inginkan dari kalian sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus (penyelamat)." (1 Tes. 5: 18 Alkitab BIS).
This article is 

1 comment:

JMimie said...

ya...God is good all the time. Come and taste that the Lord is really good...let's give thanks to the Holy One all.