Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

BERSANDAR KEPADA TUHAN: Mengapa?


Shalom! Saudara/i pengunjung blog Gereja Maya. Semoga anda semua dalam keadaan yang penuh dengan sukacita dan damai sejahtera dari Tuhan. Sahabat2 kita yang beragama Islam di seluruh dunia pada ketika ini sedang menyambut bulan Ramadhan. Gereja Maya mengucapkan selamat berpuasa dan saya secara peribadi mendoakan agar mereka dirahmati dan diberikan petunjuk olehNya.

Teman2 sekalian, di kesempatan ini, saya ingin mengongsikan satu perkara yang amat mustahak dalam kehidupan keKristianan, iaitu tentang hal bersandar kepada Tuhan. Dalam kehidupan kita seharian, kita sentiasa berhadapan dengan banyak perkara yang memerlukan kita membuat pilihan dan keputusan. Kita hanya akan mampu membuat pilihan dan melakukannya dengan lebih baik apabila kita memilih untuk bersandar kepada Tuhan terlebih dahulu.

Banyak alasan kenapa kita harus bersandar kepada Tuhan. Namun saya fokuskan kepada 3 perkara penting kenapa kita harus bersandar kepadaNya;

1. Agar kita memperoleh hikmat dan kebijaksanaan. Amsal 3: 5-6

Seringkali kesilapan terjadi ketika kita membuat pilihan kerana kita ingat kita sudah buat pilihan yang tepat sedangkan sebenarnya Tuhan mahukan kita memilih sesuatu yang berlainan daripada apa yang kita fikir sebagai yang terbaik. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita jauh melebihi kemampuan kita untuk menilainya.

Itulah sebabnya kita harus bersandar kepada Tuhan, agar kita memperoleh hikmat dan kebijaksanaan untuk memahami keadaan yang sebenarnya menurut pimpinan Tuhan. Dengan cara sedemikian pilihan yang kita buat akan lebih tepat.

2. Agar kita memperoleh kekuatan. Yesaya 40: 30-31

Orang yang menganggap dirinya kuat dan mampu menghadapi/menangani semua perkara adalah seumpama orang yang sedang duduk di hujung tanduk. Dia tidak sedar apabila dia terjatuh atau tercucuk oleh hujung tanduk itu sehingga sudah terlambat untuk mengubah/menyelamatkan apa2.

Kekuatan yang sejati sebenarnya berasal dari Tuhan. Setiap perkara yang kita fikir kita mampu lakukan, semua kemampuan itu datangnya dari Tuhan. Tanpa Tuhan kita tidak mampu berdiri pun. Itulah sebabnya kita harus sentiasa bersandar kepada Tuhan, kerana kekuatan kita sebagai manusia sangat terbatas. Mungkin kita sedar apa yang perlu dilakukan, tetapi kita memerlukan kekuatan daripada Tuhan untuk dapat melakukannya.

3. Agar mukjizat terjadi. Kej. 22: 1-13

Dalam hidup ini, kita sering mengharapkan keajaiban terjadi. Hidup, setiap hela nafas, dan degupan jantung kita juga merupakan mukjizat dari Tuhan. Namun ada waktu2nya kita seperti hilang pengharapan dalam situasi yang sukar, lalu kita mengharapkan agar mukjizat terjadi.

Kita tidak boleh mengharapkan mukjizat terjadi dengan sendirinya tanpa ada pengharapan daripada yang maha kuasa. Hanya Tuhan yang memungkinkan mukjizat terjadi. Itulah sebabnya kita harus bersandar kepada Tuhan dan bukan kepada kebijaksanaan dan kekuatan kita sendiri.

Nota: Kadang2 Tuhan izinkan kebuntuan, kelemahan, dan keputus asaan melanda hidup kita supaya kita belajar untuk terus bersandar kepadaNya.
3 comments
This article is