Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

BERSANDAR KEPADA TUHAN: Bagaimana?


Shalom! Semua pembaca VCM... Roma 10: 11

Artikel saya sebelum ini membicarakan tentang tajuk Bersandar Kepada Tuhan: Kenapa? Kali ini saya ingin menyambung bicara mengenai tajuk yang sama, tetapi dengan subtajuk 'Bagaimana?'

Ramai orang yang berkata, "Kita percaya dan bersandar kepada Tuhan saja." Tapi adakah mereka benar2 maksudkannya, dan bagaimana mereka melakukannya, atau lebih jelas lagi, apa yang mereka lakukan yang menunjukkan bahawa mereka benar2 orang yang bersandar kepada Tuhan?

Ujian paling mudah untuk menentukan seseorang benar2 bersandar kepada Tuhan ialah dengan melihat bagaimana dia menangani hidupnya. Apabila mengalami kesulitan dalam hidup, seseorang boleh saja melakukan sesuatu di luar kawalan pertimbangan yang wajar. Kalau bukan menyalahkan diri dan orang lain, menyalahkan Tuhan. Boleh membuatkannya berkata bahawa ternyata Tuhan tidak wujud kerana tidak menolongnya di saat mengalami kesusahan.

Dalam keadaan yang senang, seseorang boleh saja lupa diri, lupa keluarga dan kawan2. Bahkan melupakan Tuhan. Semakin senang, dia akan semakin yakin bahawa segala kesenangan itu adalah hasil usahanya semata2 dan semakin lupa bahawa hembusan nafasnya pun hanyalah 'pinjaman' dari Tuhan.

Orang yang bersandar kepada Tuhan dapat dilihat melalui kesetiaannya merenungkan Firman Tuhan, bersyukur dan berdoa selalu. Ketika mengalami kesusahan, tetap berserah dan mengharapkan pertolongan dari-Nya, walaupun dia sendiri tidak tahu bagaimana dan bila pertolongan itu akan tiba. Ketika dalam kesenangan, tetap bersyukur dan percaya bahawa semua kesenangan itu adalah kerana-Nya. Pendek kata, dalam sebarang keadaan, Tuhanlah yang diutamakannya.

Orang yang bersandar kepada Tuhan dapat dilihat melalui sikapnya terhadap hidup. Dia sentiasa kelihatan tenang, dan  sabar, serta suka memaafkan kesalahan orang lain. Tidak iri hati dan sentiasa suka menolong orang lain. Orang ini sentiasa bertekad untuk meneruskan perjuangan hidup walaupun telah melalui berbagai pengalaman yang sukar dan seperti tidak ada kekuatan lagi untuk bangkit dan meneruskan perjalanan. Ia sentiasa optimis dan positif terhadap perkara2 yang baik dan membawa kebaikan, yang bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi kepada semua orang, khususnya orang2 dalam lingkungan hidupnya.

Nota: Sesungguhnya orang yang berharap kepada Tuhan sentiasa tabah dalam kesusahan, penuh hikmat kebijaksanaan, dan yakin terhadap mukjizat Tuhan yang belum kelihatan. Mereka pasti tidak akan dikecewakan! Tuhan memberkati semua.
4 comments
This article is 

A Friend In Need Is A Friend Indeed

"A friend in need is a friend indeed" atau dalam terjemahan bebas BM mungkin lebih kurang, seorang sahabat yang membantu sahabatnya ketika dalam kesusahan adalah sahabat yang sebenar. Inilah antara proverbs dalam Bahasa Inggeris yang mula2 saya hafal waktu zaman kanak2 dulu. Proverbs ini tiba2 terdetik dalam ingatan saya ketika saya sedang membaca sebuah buku bertajuk "God Who?" by Coleman sebentar tadi.

Entry ini tidak ada kena mengena dengan buku yang saya baca tadi sebenarnya. Mungkin buku itu sekadar menjadi satu pemangkin untuk mengingatkan atau memberi saya idea berbicara tentang sahabat2 yang ada di dunia ini. Sepanjang hidup saya hingga hari ini, saya memang mempunyai ramai sahabat dan beberapa orang best friends yang sangat rapat dengan saya tidak kira lelaki atau perempuan. Dengan adanya best friends, hidup terasa lebih bermakna, berharga dan ceria. Suka duka dikongsi bersama. Memang sangat melegakan dan menyentuh hati bila kita punya sahabat yang sangat memahami dan sentiasa sanggup untuk membantu kita terutama ketika dalam kesusahan. Namun sebaik manapun sahabat yang kita miliki di dunia ini, atas nama manusia biasa, segala kebaikan dan pengorbanan masih dibatasi oleh keterbatasan masa, tenaga, kerelaan, wang ringgit, kemampuan untuk sentiasa berada di sisi ketika kita memerlukan mereka. Ini memang kenyataan yang tidak dapat disangkal.

Tetapi, sebagai orang beriman, kita bersyukur kerana lebih daripada semua yang kelihatan, kita sebenarnya mempunyai 'Seorang' sahabat yang tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun samada pada waktu kita gembira dan apalagi pada waktu kita berduka. Bahkan Dia seorang yang sangat memahami dan mengerti diri kita lebih daripada kita mengerti diri kita sendiri. Yesus Kristus, bukan saja Juruselamat kita tetapi adalah sahabat yang paling setia sentiasa bersama kita. Kadang2 saya suka memandang Yesus sebagai Abang Sulung yang menjadi perintis kepada segala sesuatu yang baik, kadang2 sebagai Bapa/Ibu yang protective, loving dan sentiasa memberi apa yang saya perlukan, sentiasa bersedia mengampuni apabila saya datang meminta maaf dan macam2 lagi mengikut keperluan jiwa saya waktu itu. Namun, antara semua ini, saya paling suka memanggil Dia sebagai sahabat sejati saya kerana sebagai best friend, saya tidak malu untuk meluahkan segala isi hati saya kepada Dia. Marah, sedih, berterima kasih, berdebat, bersyukur....semua ini saya lakukan bersama Sahabat Sejati saya dengan jujur. Kesannya? Saya menjadi semakin akrab dengan Dia. Semakin banyak suka duka yang 'kami' kongsikan bersama, saya semakin memahami Dia, kehendakNya, harapanNya dan doaNya untuk hidup saya secara peribadi....and the more I know Him, the more I love Him!

Note: Tak kenal maka tak cinta dan untuk mengenali seseorang memerlukan waktu. Ambillah waktu untuk mengenali Yesus, Sahabat Sejati anda...pasti anda akan jatuh cinta dan semakin cinta padaNya.
5 comments
This article is