Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

A Friend In Need Is A Friend Indeed

"A friend in need is a friend indeed" atau dalam terjemahan bebas BM mungkin lebih kurang, seorang sahabat yang membantu sahabatnya ketika dalam kesusahan adalah sahabat yang sebenar. Inilah antara proverbs dalam Bahasa Inggeris yang mula2 saya hafal waktu zaman kanak2 dulu. Proverbs ini tiba2 terdetik dalam ingatan saya ketika saya sedang membaca sebuah buku bertajuk "God Who?" by Coleman sebentar tadi.

Entry ini tidak ada kena mengena dengan buku yang saya baca tadi sebenarnya. Mungkin buku itu sekadar menjadi satu pemangkin untuk mengingatkan atau memberi saya idea berbicara tentang sahabat2 yang ada di dunia ini. Sepanjang hidup saya hingga hari ini, saya memang mempunyai ramai sahabat dan beberapa orang best friends yang sangat rapat dengan saya tidak kira lelaki atau perempuan. Dengan adanya best friends, hidup terasa lebih bermakna, berharga dan ceria. Suka duka dikongsi bersama. Memang sangat melegakan dan menyentuh hati bila kita punya sahabat yang sangat memahami dan sentiasa sanggup untuk membantu kita terutama ketika dalam kesusahan. Namun sebaik manapun sahabat yang kita miliki di dunia ini, atas nama manusia biasa, segala kebaikan dan pengorbanan masih dibatasi oleh keterbatasan masa, tenaga, kerelaan, wang ringgit, kemampuan untuk sentiasa berada di sisi ketika kita memerlukan mereka. Ini memang kenyataan yang tidak dapat disangkal.

Tetapi, sebagai orang beriman, kita bersyukur kerana lebih daripada semua yang kelihatan, kita sebenarnya mempunyai 'Seorang' sahabat yang tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun samada pada waktu kita gembira dan apalagi pada waktu kita berduka. Bahkan Dia seorang yang sangat memahami dan mengerti diri kita lebih daripada kita mengerti diri kita sendiri. Yesus Kristus, bukan saja Juruselamat kita tetapi adalah sahabat yang paling setia sentiasa bersama kita. Kadang2 saya suka memandang Yesus sebagai Abang Sulung yang menjadi perintis kepada segala sesuatu yang baik, kadang2 sebagai Bapa/Ibu yang protective, loving dan sentiasa memberi apa yang saya perlukan, sentiasa bersedia mengampuni apabila saya datang meminta maaf dan macam2 lagi mengikut keperluan jiwa saya waktu itu. Namun, antara semua ini, saya paling suka memanggil Dia sebagai sahabat sejati saya kerana sebagai best friend, saya tidak malu untuk meluahkan segala isi hati saya kepada Dia. Marah, sedih, berterima kasih, berdebat, bersyukur....semua ini saya lakukan bersama Sahabat Sejati saya dengan jujur. Kesannya? Saya menjadi semakin akrab dengan Dia. Semakin banyak suka duka yang 'kami' kongsikan bersama, saya semakin memahami Dia, kehendakNya, harapanNya dan doaNya untuk hidup saya secara peribadi....and the more I know Him, the more I love Him!

Note: Tak kenal maka tak cinta dan untuk mengenali seseorang memerlukan waktu. Ambillah waktu untuk mengenali Yesus, Sahabat Sejati anda...pasti anda akan jatuh cinta dan semakin cinta padaNya.
This article is 

5 comments:

ison said...

Sangat setuju. Yesuslah sahabat kita yang paling setia. Bahkan telah membuktikan kasih setiaNya dengan sanggup mati di kayu salib untuk kita semua.

Tuhan memberkatimu Mimie dan para sahabat sekalian. :)

Navies said...

Saya pernah seperti Petrus yang malu mengakui-Nya, tetapi saat aku menoleh kepada-Nya, hatiku hancur dengan pandangan mata-Nya yang seolah-olah berkata 'Aku masih mengasihimu wahai sahabatku, meskipun kau meraguinya.'

Teruskan penulisan yang membangun rohani.

JMimie said...

Thanks bro Ison & bro Navies di atas komen yg bermakna.

Peristiwa penyangkalan Petrus, satu cerita yg sangat menyentuh hati...lama sya terdiam selepas membaca komen ini sebab sya cuba membayangkan peristiwa itu dan menempatkan diri saya di sana...sungguh Yesus teramat mengasihi kita!

MindaGuru said...

Dia bukan sahaja Juruselamat, Dia juga sahabat sejati..Ya Yesus, sahabat yang boleh kita harapkan..

123run said...

Bagus ni. Sy mo bg kawan sy baca..hehe