Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

'BELAYAR' BERSAMA TUHAN

Pada suatu hari Yesus dengan pengikut2Nya menaiki sebuah perahu. Dia berkata kepada mereka, "Marilah kita menyeberang tasik (Galilea)." Mereka pun bertolak. Sedang mereka belayar, Yesus tertidur. Tiba2 angin kencang melanda tasik itu. Air mula masuk ke dalam perahu sehingga membahayakan mereka semua. Pengikut2 Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, Guru, Guru, kita hampir tenggelam!"

Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali. Lalu Yesus berkata kepada pengikut2Nya, "Mengapa kamu tidak percaya kepadaKu?"

Tetapi mereka hairan dan takut serta bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini, sehingga angin dan ombak taat kepada perintahNya?" (Lukas 8: 22-25)

Saudara/i pembaca yang dikasihi, hari ini kita sudah 10 hari 'belayar' meninggalkan tahun 2010. Kita berada dalam 'tasik' tahun 2011, dan sebagai seorang yang memiliki impian dan harapan dalam hidup, saya percaya kita telah menetapkan destinasi (seberang tasik) yang ingin kita tuju dalam pelayaran masing2.

Situasi seperti yang dialami oleh pengikut2 Yesus dalam petikan alkitab di atas boleh saja terjadi kepada sesiapapun di antara kita pada bila2 masa dalam pelayaran ini. Sudah tentu kita akan dilanda kebimbangan dan ketakutan. Kita berkata, "kita hampir tenggelam!" Bagi pengikut2 Yesus ketika itu, mujurlah kerana Yesus ada bersama2 mereka. Tengkingan Yesus ternyata telah berjaya meredakan angin dan ombak itu. 

Bagaimana dengan kita saudara/i? Hari ini peribadi Yesus sebagai manusia mungkin tidak lagi kelihatan seperti ketika Dia bersama2 para pengikutNya dahulu, tetapi Roh Kudus sentiasa bersama2 kita. Saat angin dan ombak melanda, marilah kita berseru kepadaNya kerana Tuhan selalu ingin menolong kita.

Tetapi kita selalu meragui Tuhan. Kita selalu cuba untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi dengan kekuatan sendiri. Kita berfikir 'angin dan ombak' ini terlalu berbahaya untuk kita meneruskan pelayaran. Berpatah balik pun tidak dapat. Akhirnya kita terlalu letih dan hampir tenggelam.  Tetapi kita mengetahui bahawa Yesus adalah imanuel, dan Dia bertanya kepada kita, "Mengapa kamu tidak percaya kepadaKu?"

"Be still, and know that I am God!" (Psalm 46: 10)
5 comments
This article is