Shalom! Gereja Maya (Virtual Church Ministries) mengucapkan Selamat Datang, Salam Damai dalam Kasih Tuhan kepada semua pengunjung laman ini. Tuhan memberkati...

MELAYANI MANUSIA ATAU TUHAN

Shalom! Para pembaca Gereja Maya (VCM). Sebelum itu saya dengan rendah hati memohon maaf kepada pembaca sekalian kerana sudah bertahun saya tidak update blog ini dengan perkongsian-perkongsian terbaru. Tidak dapat saya jelaskan dengan baik keadaan yang menyebabkan saya berehat menulis di ruangan ini. Apa pun saya tetap berusaha untuk kembali aktif menulis dan cerita berikut ini boleh jadi satu permulaan baru yang baik.

Satu cerita yang mungkin menarik untuk kita renungkan bersama, terutama bagi kita yang aktif di dalam pelayanan.

Pastor Jack mempunyai pasukan koir terbaik yang pernah dibentuk di gerejanya. Para jemaat tidak pernah terlepas untuk menyaksikan persembahan mereka semasa kebaktian dan konferensi. Isteri Pastor Jack selaku ketua pasukan koir itu juga sangat berasa bangga.

Pastor Jack meninggal dunia 3 hari sebelum konferensi pemuda/i yang berikutnya. Ketika bertemu Tuhan dia memohon supaya dapat menyaksikan persembahan pasukan Koirnya. Tuhan berkata, "Kau tidak boleh kembali lagi ke bumi, tetapi pada hari pasukan koir kamu itu melayani, Aku akan memberi kau peluang untuk melihat mereka menyanyi dari sini."

Maka tibalah hari yang dinanti-nantikan itu dan Tuhan memenuhi janji-Nya kepada Pastor Jack. Apa yang mengejutkan Pastor Jack ialah dia hanya boleh mendengar dua suara wanita dan satu suara lelaki di kalangan ahli-ahli koirnya.

Pastor Jack bertanya kepada Tuhan, "Mengapa saya hanya mendengar tiga suara sedangkan orang ramai bergembira dengan cara mereka menyanyi?" Tuhan menjawab, "Di sini, di Syurga, kita hanya dapat mendengar suara mereka yang sungguh-sungguh menyanyi di dalam Roh dan Kebenaran, dan yang berdiri teguh menurut firmanKu."

Pastor Jack menangis dan bertanya, "Bagaimana dengan isteri saya dan yang lain-lain?" Tuhan menjawab, "Mereka melakukan pelayanan itu hanya untuk kehebatan yang dibangga-banggakan dan bukan untuk kemuliaanKu. Jadi hanya mereka yang di bumi sahaja yang kelihatan bergembira menyaksikan persembahan koir mereka, tetapi tidak memberi apa-apa kesan di syurga.

***
Rakan-rakan seiman, apa pun bahagian pelayanan kita, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Tuhan. Janganlah hanya untuk menyenangkan hati manusia, melainkan Bapa di syurga yang dapat melihat hati, yang melihat di segala tempat, dan yang melihat komitmen kita pada firmanNya.

Yohanes 4: 23-24. 😇
This article is 

No comments: